Prakata Penulis


Assalamualikum dan salam sejahtera.

       Pertamanya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua sahabat yang terlibat secara langsung mahupun tidak sepanjang penghasilan karya Teka-Teki 1 Ribu ini. Jutaan tahniah dan terima kasih juga kepada anda selaku peminat e-book yang sangat saya hormati. Saya mengagungkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas kurnian dan kesempatan bertemu anda semua. Penampilan kali ini bebeza dengan pencetusan wadah baru berkoplikasikan bahan bacaan santai menguji minda. Satu kelainan yang patut dimiliki. Anda sangat bertuah jika berjaya mendapatkan e-book koleksi teka-teki terbaik ini. Apa yang menjadi kelainan e-book teka-teki ini? Sebenarnya, e-book Teka-teki 1 Ribu merupakan sebuah buku elektronik yang menempatkan lebih dari 1000 soalan teka-teki yang mana rata-ratanya dari rujukan tanah air, Indonesia, Barat, Filipina dan Jepun. 

     Penghasilan koleksi ini sangat bersesuaian dibaca untuk semua peringkat umur, bangsa dan agama di Malaysia. Tiada koleksi soalan berunsur lucah, fahaman politik dan sensitiviti perkauman dimuatkan. Kepelbagaian teka-teki dan jawapan beserta huraian juga telah menjadikan e-book ini sangat menarik dan mudah difahami. Nantikan kemunculan siri ke dua saya yang akan dihasilkan pada masa akan datang. Tiada lagi soalan-soalan biasa. Hanya yang terbaru dan lebih mencabar sahaja dimuatkan untuk siri ke dua ini. Bagaimana saya mendapatkan bahan-bahan ini?  Menarik. Saya tersenyum mengenangkan cerita lama. Penghasilan buku ini sememangnya agak sukar atas sebab memerlukan masa yang lama. Mengumpul,menulis semula dan menyusun merupakan kerja rumit. Namuan hasil usaha pencarian di buku-buku serta arwah datuk melancarkan proses. Namun, kelancaran adakalanya terbatas. Maka alternatif terbaik ialah cubaan saya mencipta soalan-soalan sendiri di samping sumber-sumber elektronik luar. Syukur, sangat membantu. 

     Akhir kata dari saya, segala sokongan, komen dan kritikan membina dari anda saya sanjungi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang ikhlas, 


        
MUHAMAD IMRAN CHE OMAR
Penulis e-book Teka-Teki 1 Ribu
Founder berjayaweb.com
Usahawan Internet KOSMO
E-mail: tekateki1rib [at] gmail.com